Jumaat, 8 Oktober 2010

Galas: Ku Li belum putus jadi calon

SEPANG, 9 Okt: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini belum mengesahkan sama ada beliau mahu menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas atau sebaliknya.

Ketika ditemui wartawan sejurus tiba di tanah air pagi ini, Ketua Umno Gua Musang itu bagaimanapun memberitahu telah menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno bagi PRK tersebut.
"Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,"
"Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas," katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Ahli Parlimen Gua Musang itu tiba ke tanah air kira-kira 7.30 pagi tadi dengan kepulangannya dinanti petugas media yang mahukan jawapan berhubung dua tawaran yang diberikan untuknya berdepan PRK Galas.
Penjelasan tersebut bagaimanpun belum merungkai persoalan utama sama ada beliau bersetuju menjadi calon Umno bertanding merampas semula Dun tersebut.
Sementara itu, PAS dalam beberapa penjelasan berhubung "faktor Ku Li" sebelum ini menjelaskan mereka tetap berdepan sesiapa sahaja menjadi calon taruhan lawan.
Dalam pada itu, Dewan pemuda PAS dijangka melancarkan jentera mereka bagi PRK Galas di Gua Musang hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketuanya, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Galas adalah apada 26 Oktober manakala tarikh pengundian pada 4 November ini.

3 ulasan:

puple mama berkata...

nama pun Ku LI..memang dasar kuli

anak muda berkata...

kuli berbayar gaji x pe

puple mama berkata...

ni ku li kurang ajaaar, bodoh dan krg ajar... ni yg membuatkan mama marah ni...

Catat Ulasan