Jumaat, 8 Oktober 2010

PAS hipokrit bantah hanya konsert gay bukan pemimpin gay


Siapa artis di atas ?? ini adalah artis gay Adam Lambert yang akan bikin konsert di Malaysia yang dibantah oleh parti PAS .klik di sini

Malah blogger pencacai tegar PAS Ruang bicara paria pun sama bersama pemimpinnya terus menuduh kerajaan menyokong aktiviti homokseksual !!

Ini sikap hipokrit dan double standard PAS . Konsert gay depa bantah tetapi mengapa pemimpin mereka Anwar Al Juburi yang menghadapi tuduhan liwat mereka tidak bantah ???

PAS ada berani ke pergi bantah aktiviti homokseksual pemimpin ???

Baru-baru Anwar telah pergi ke Jakarta ketika Festival Q di Indonesia berlangsung. Festival Q yang bermula pada 24hb September hingga Oktober adalah pesta filem bagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transexuals). Indonesia adalah negara Islam pertama yang mengadakan Festival Q ini.

Di Jakarta, Anwar menetap di Hotel Four Seasons yang berdekatan dengan pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis. Antara program yang diadakan adalah forum, ceramah dan perbincangan mengenai LGBT dan entah apa lagi yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Walaupun lawatan Anwar adalah 'kebetulan' dengan Festival tersebut, tetapi Anwar dikatakan menerima layanan ekslusif dan istimewa dari penganjur. klik di sini




Michael Danby(Yahudi), aktivis pro homoseksual & Ahli Parlimen Australia bergambar dengan Anwar ketika Persidangan 'the World Movement for Democracy conference, 'Solidarity Across Cultures', Jakarta, Indonesia.



Beliau juga merupakan 50 ahli Parlimen Australia yang telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim . Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia inilah menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS yang menentang konsert gay memperbesarkan gesaan ahli Parlimen GAY Australia tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar .

Jadi, kalau PAS menyokong gesaan Micheal Danby yang menyokong GAY , maka PAS hipokrit dalam membantah konsert gay.

0 ulasan:

Catat Ulasan