Selasa, 12 Oktober 2010

PAS MELATAH KONSERT ADAM LAMBERT



Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosial
di petik dari Harakahdaily
BANGI, 12 Okt: Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert Adam Lambert di Bukit Jalil pada 14 Oktober ini.
Presidennya, Mohd Nazri Mohd Tahir ketika ditemui berkata, konsert yang akan dianjurkan itu dilihat semakin menambah gejala sosial yang sedang berlaku di saat ini.
Katanya, ketika semua masyarakat Malaysia sedang mencari penyelesaian untuk mengubat penyakit sosial yang semakin membarah ini, sekali lagi pihak kerajaan membenarkan konsert itu berlangsung.
Beliau yang juga Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menegaskan bahawa seharusnya pihak kerajaan bertegas dalam perkara itu.
Menurutnya, semua rakyat jelas dengan karakter yang dimiliki oleh artis tersebut yang disebutkan sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis (gay).
“Di Malaysia, hubungan sejenis ini ditolak sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Jadi mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini?” soalnya.
Baginya, kebenaran mengadakan konsert itu boleh diibaratkan seolah-olah hendak mengubat penyakit tetapi dalam masa yang sama membiakkan virus-virus yang membawa penyakit terus berlegar-legar dengan bebasnya.
Justeru, tambah beliau seharusnya pihak kerajaan bertindak dengan tegas dan serius dalam perkara-perkara seperti itu walaupun terdapat pandangan-pandangan tertentu yang menyebutkan bahawa ia hanya sekadar hiburan semata-mata, namun perlu dlihat dari aspek yang lebih jauh lagi.
“Kita bimbang kesan dan pengaruh artis tersebut akan mempengaruhi anak muda di negara kita ini dan akhirnya ia secara tidak langsung akan membawa kesan buruk kepada negara pada masa akan datang.
“Isu ini sangat sensitif dan lebih-lebih lagi konsert tersebut akan dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat yang merupakan malam yang biasa diadakan bacaan surah Yaasin di masjid-masjid dan surau-surau,” ujar beliau lagi.
Tambahnya, dengan melihat bahawa implikasi buruk yang bakal diterima daripada penganjuran konsert itu, seluruh mahasiswa Islam secara amnya membantahnya.

p/s mamapekasa
kalau Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) nak bantah konsert Adam Lambert kerana dia seorang gay, Presiden ISIUKM kenalah mencari jalan untuk menyingkirkan Presiden PKR dulu sebab dia seorang GAY OTAI.   halau dia dari negara kira ini kerana dialah pengaruh paling buruk untuk anak-anak muda masa kini. SEDARLAH WAHAI PAS DAN PKR KEPARAT

0 ulasan:

Catat Ulasan